Wednesday, June 2, 2010


Rumah Kayu Jalan Sultanah dibina siap sepenuhnya pada tahun 2009. Ia dibina pada asalnya sebagai galeri antik. Ia kemudian berubah fungsi menjadi homestay. Namun keunikan kelengkapan klasiknya tetap terpelihara. Homestay ini sesuai untuk mereka yang ingin merasa kehidupan sebuah kampung tradisional. Meskipun kelihatannya begitu klasik, kemasan dalaman homestay ini bercirikan moden bagi tujuan keselesaan para tetamu. Selain homestay, rumah kayu ini juga dilawati dari masa ke semasa oleh pelbagai lapisan masyarakat, ia juga menjadi pilihan lokasi fotografi yang menarik.